Saturday, March 10, 2012

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DARI ASPEK KECERDASAN BAHASA DI PRASEKOLAH




KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DARI ASPEK KECERDASAN BAHASA DI PRASEKOLAH



 PENGENALAN

1.1              Pendahuluan
Kepintaran seorang kanak-kanak yang dianggap sebagai pintar cerdas (PC)  boleh dinilai melalui penguasaan bahasanya. Penguasaan bahasa yang baik pada peringkat usia awal adalah satu ciri pintar cerdas. Mohamed Awang (1999), menyatakan bahawa bahasa merupakan satu aspek penting dalam kepintaran. Penggunaan dalam penulisan, pertuturan atau berfikir, bahasa yang menetukan pengetahuan seseorang. Penguasaan bahasa yang baik dan awal bagi kanak-kanak menunjukkan mereka memiliki ciri pintar cerdas.
Kanak-kanak yang  memiliki kecerdasan  bahasa mampu berkomunikasi dan
berinteraksi dengan baik.  Bukan itu sahaja kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini mampu bercerita tentang sesuatu perkara atau peristiwa dengan baik. Rohizani dan Hazri ( 2008 ), pula menjelaskan bahawa kecerdasan ini membolehkan kank-kanak berkomunikasi, mereka yang memiliki kecerdasan ini sangat pandai bercerita.
            Pintar cerdas dan kecerdasan bahasa saling berkait antara satu sama lain. Kanak-kanak yang berkepintaran cerdas pasti menguasai bahasa dengan baik. Mereka boleh menulis dan membaca dengan cepat. Shahbuddin et.al (2006), menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan bahasa suka membaca, menulis dan bercerita.




1.2              Pernyataan Masalah
            Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah dilaksanakan bermula pada tahun 2010 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Kurikulum ini telah memberi peluang pendidikan yang sama rata untuk semua kanak-kanak yang berumur lima dan enam  tahun. Ini bermakna KSPK ini wajib dilaksanakan di semua prasekolah annex dan swasta. KSPK  tidak mendatangkan masalah jika sekiranya tahap pencapaian dan prestasi kanak-kanak adalah seimbang. Namun KSPK akan mendatangkan  masalah bagi kanak-kanak yang dikategorikan pintar cerdas (PC). Jurnal yang ditulis oleh Ann dan Mohd.Zuri (2008), bertajuk pelajar pintar cerdas dan masalah yang dihadapi, mendapati bahawa pelajar yang pintar  mempunyai masalah terhadap kurikulum yang tidak mengambil kira kebolehan mereka. Tabatha (2011), turut menyatakan bahawa kurikulum tambahan dan aktiviti tambahan adalah sesuai untuk kanak-kanak PC.
Pengayaan yang diberikan kepada kanak-kanak PC ini selalunya tidak menbuahkan  hasil yang baik kerana objektif  pengajaran dan standard kandungan masih menggunakan KSPK.  Pengayaan yang diberikan seperti membaca buku cerita, menyalin ayat dan membina perkataan dari suku kata, sememangnya mudah dan dapat disiapkan oleh  kanak-kanak PC tanpa  masalah. Ishak (2003), menjelaskan bahawa pengayaan yang hendak diberi kepada kanak-kanak PC ini mestilah luar daripada kurikulum yang sedang diikut oleh kanak-kanak PC.  Yahya (2005), kanak-kanak PC semestinya memerlukan program khas bagi mencungkil potensinya.
Disebabkan kematangan, kanak-kanak PC akan dapat memahami sesuatu perkara dengan mudah dan tidak memerlukan banyak bantuan atau tunjuk ajar daripada guru. Mereka juga suka bercerita dan mengaitkan apa yang diajar oleh guru dengan  pembacaan atau pengalaman sendiri. Kematangan dan penguasaan bahasa yang baik ini menyebabkan mereka banyak bercakap, bercerita, mengemukakan banyak soalan dan ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Kebiasaannya guru terpaksa menjawab semua soalan yang dikemukakan. Hal ini  terjadi disebabkan, selagi guru tidak memberi jawapan yang diperlukan selagi itu mereka bertanya. Menurut Shahabuddin, Mahani dan Ramlah (2006), kanak-kanak PC mempunyai perasaan ingin tahu yang cukup tinggi mengenai sesuatu perkara. Mereka suka mengemukakan soalan yang bertalu-talu dan amat berminat mengetahui jawapan tersebut. Disebabkan permasalah inilah pengkaji menjalankan kajian bagi mengenal pasti kanak-kanak yang memiliki kercerdasan bahasa itu adalah kanak-kanak PC.

1.3       Tujuan kajian
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti kebolehan membaca dan menulis kanak-kanak PC menggunakan skala permarkahan yang diubahsuai dari skala Ujian Stanford-Binet.

1.4       Objektif Kajian
Objektif kajian adalah,
  1. Mengenal pasti kebolehan membaca kanak-kanak PC.
  2. Mengenal pasti kebolehan menulis kanak-kanak PC
  3. Mengukur darjah kecerdasan dari aspek bahasa iaitu membaca dan menulis melalui skala permakahan kecerdasan ( diubah suai daripada Ujian Stanford-Binet).



1.5       Soalan Kajian
            Secara khususnya persoalan kajian dibentuk adalah;
1.5.1    Apakah kebolehan membaca  kanak-kanak PC? (SK 1)
1.5.2    Apakah kebolehan menulis kanak-kanak PC? (SK 2)
1.5.3    Apakah darjah kecerdasan aspek bahasa kanak-kanak pintar cerdas melalui skala permarkahan ( ubah suai dari Skala Ujian Stanford-Binet)? (SK 3)

 1.6      Kerangka Konsep


                                               Kanak-Kanak Pintar Cerdas



                                                            Bahasa



                   Membaca  (SK1)                                         Menulis (SK2)

           
                                                                                                         
                         Pengukuran Darjah Kecerdasan Aspek Bahasa(SK3)


Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kajian
           
Kerangka konsep kajian di atas menunjukkan gambaran keseluruhan pemboleh ubah kajian. Aspek bahasa akan diteliti semasa membuat pengukuran darjah kecerdasan subjek iaitu kanak-kanak  prasekolah. Pada peringkat akhir kajian, kebolehan membaca dan menulis subjek dapat ditentukan aras kecerdasannya. Kenyataan ini adalah mengambil kira apa yang telah dinyatakan oleh Mohd Majid Konting (1990), pemboleh ubah merupakan ciri yang hendak dicerap dari setiap individu. Sementara itu, Azizi et.al. (2006), merumuskan pemboleh ubah adalah ciri yang diperlukan dari individu, objek atau peristiwa yang nilainya boleh berubah-ubah.

1.7       Definisi Operasional
            Beberapa istilah yang digunakan  dalam kajian ini diberi definisi operasional seperti berikut:

1.7.1    Kanak-Kanak
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), kanak-kanak merupakan anak, anak-anak, budak yang masih kecil.Kanak-kanak merupakan seorang individu yang berumur bawah daripada tujuh tahun dan belum akil baligh. Dalam kajian ini, kanak-kanak yang dikaji merupakan murid prasekolah yang berumur lima dan enam tahun.

1.7.2    Kecerdasan Bahasa
Menurut Mohd. Shahrani (2006), “kecerdasan bahasa ialah kebolehan umum belajar dan memahami bacaan dengan baik.” Memahami bacaan dengan baik juga merupakan apa yang pengkaji ingin lihat dalam kajian ini iaitu semasa subjek menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan yang dibaca.
Mohamed Awang ( 1999) menyatakan bahawa bahasa merupakan satu aspek penting dalam kepintaran. Penggunaan dalam penulisan dan pembacaan. Menurutnya lagi, kajian tentang bahasa adalah sebahagian daripada kajian kepintaran manusia. Secara tidak langsung, kajian  juga  mempunyai hubung kait antara kecerdasan bahasa dengan kepintaran seseorang individu.


1.7.3    Pintar Cerdas
Menurut Hasan Mohd Ali (2006), kanak-kanak pintar cerdas menguasai bahasa dengan fasih pada usia yang terlalu awal. Mereka juga sudah mampu membaca dalam usia empat tahun. Dalam kajian ini subjek yang dipilih boleh menbaca dengan fasih.
Pintar cerdas menurut Ishak Ramly ( 2005 : 143), “boleh dimaksudkan sebagai kanak-kanak yang mempunyai keupayaan dan kebolehan menunjukkan kegiatan intelektual seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik, tepat dan tajam.” Dalam kajian ini kemahiran lisan dalam aspek membaca diberi penekanan.
Kesimpulannya, pintar cerdas dalam kajian ini memberi takrifan  sebagai satu kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu. Kebolehan dan keupayaan mereka akan berkembang lebih awal terutama bahasa. Kanak-kanak yang dikategorikan dalam pintar cerdas ini menunjukkan perbezaan yang jelas dengan kanak-kanak lain sebaya dengannya dari segi membaca dan menulis.

1.7.4    Takrifan  Kemahiran Membaca
            Yahya (2006), membaca adalah keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual dan menghungkannya dengan bunyi atau makna dan berupaya mentafsir maksudnya. Menurut Abd.Aziz (2000),  membaca terbahagi kepada dua iaitu membaca senyap dan membaca nyarig. Membaca senyap lebih menjuruskan kepada pemahaman individu yang membaca sementara membaca nyaring pula lebih kepada menghantar komunikasi kepada pendengar. Menurutnya  lagi, membaca nyaring adalah perlu bagi mengesan kebolehan membaca kanak-kanak. Dalam kajian ini, teknik membaca nyaring telah digunakan oleh pengkaji dalam mengenal pasti kebolehan subjek dalam membaca.
            Kamarudin (2001), membaca ialah menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya. Mohamed (1999), pula menyatakan bahawa membaca adalah aktiviti kompleks yang melibatkan beberapa komponen, antaranya pengecaman huruf, makna perkataan dan ayat. Dalam kajian ini juga terdapat item di mana subjek akan membaca petikan dan menjawab soalan pemahaman. Hal ini bertujuan untuk memastikan subjek faham apa yang dibacanya.

1.7.5    Takrifan Kemahiran Menulis
            Menurut Yahya Othman (2005), menulis bermula dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya wacana yang dapat difahami apabila dibaca.  Mohd. Shahrani (2006), menyatakan menulis ialah kemahiran menyampaikan komunikasi. Sulaiman et.al. (2006), menulis merupakan bahagian utama dalam pendidikan formal, yang mementingkan kemahiran mental dan menyampaikan komunikasi. Di samping empat kemahiran iaitu bertutur, membaca, mengira dan menyelidik, pelajar PC mestilah menguasai kemahiran menulis (Sulaiman, 2007).
            Mahzan (2008), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang amat penting bagi melahirkan seseorang kanak-kanak literasi bahasa yang dapat memperkembangkan akal, pemikiran dan perhubungan sesama manusia. Kesimpulannya menulis ialah kemahiran menggunakan lambang-lambang bunyi  iaitu huruf  yang disusun atur bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna bagi membentuk perkataan, seterusnya disusun menjadi ayat-ayat dan dijadikan alat komunikasi. Dalam kajian ini kemahiran menulis sangat ditekankan terutama dalam kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat bagi menjawab apa yang diuji.


1.7.6    Darjah Kecerdasan
            Ishak Ramly (2003),  menyatakan bahawa skor ujian kecerdasan IQ 140 adalah dikira cerdas atau bergeliga. Ujian Standford-Binet (Azizi et.al., 2005), memberi beberapa pengelasan markah darjah kecerdasan seperti yang terdapat dalam jadual 1.1 di bawah:
Markah darjah kecerdasan
Pengelasan
Lebih dari 139
Sangat superior
120 -139
Superior
110 – 119
Sederhana tinggi
90 – 109
Sederhana
80 – 89
Sederhana rendah
70 – 79
Pinggiran
Bawah 70
Rencat akal
( Sumber : Azizi et.al., 2005 : 144 )
Jadual 1.1: Darjah Kecerdasan Ujian Stanford-Binet.
           
Dalam  kajian  ini, pengkaji menjadikan Ujian Standford-Binet sebagai panduan dalam mengukur  markah darjah kecerdasan subjek. Pengkaji mengubah suai aras markah pada jadual asal, kerana dirasakan aras  markah pada ujian Stanford-Binet tersebut adalah tidak sesuai dengan subjek kajian dan instrumen yang digunakan.Hal ini kerana, latar belakang sosio budaya tempat asal alat itu dibina  adalah berbeza dengan sosio budaya negara kita (Mohd. Majid, 1990).

1.8       Kepentingan Kajian
            Kajian ini juga sangat berguna dan memberi kepentingan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yakni melalui kajian ini mereka dapat mengenal pasti kanak-kanak pintar cerdas dengan mudah kerana pihak sekolah telah menyenarai pendek kanak-kanak yang tergolong dalam kategori ini.Hal ini, akan dipanjangkan pula kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
            Keduanya kajian ini penting kepada  guru. Guru dapat mengenal pasti lebih awal dan menyediakan peluang pembelajaran yang setimpal dengan keupayaan mereka. Guru  juga dapat memilih dan menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada kanak-kanak PC. Melalui kajian ini diharapkan dapat membantu guru menyediakan peluang pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan mereka supaya potensi diri mereka dapat dikembangkan.
Kajian ini penting kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang pintar cerdas agar dapat mengenal pasti mereka dengan lebih awal. Secara tidak langsung, ibu bapa dapat memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan keupayaan yang ada dalam diri mereka. Di samping itu mereka tidak akan menganggap anak mereka tidak normal kerana kebolehan verbal mereka yang lebih berbanding dengan kanak-kanak seusianya. Ibu bapa seterusnya boleh menyalurkan kebolehan dan keupayaan anak mereka ke pihak Permata Pintar dengan memberi peluang anak mereka menjalani ujian secara “online”.
Kepentingan kajian ini juga adalah untuk bidang penyelidikan itu sendiri iaitu kajian ini boleh dijadikan asas kepada kajian-kajian seterusnya di masa hadapan. Di samping itu ia memberi pengetahuan baru tentang kewujudan kanak-kanak pintar cerdas dalam sistem pendidikan dan dalam masyarakat. Kajian ini juga diharap dapat memberi pemahaman tentang bagaimanakah caranya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dalam sistem pendidikan sekarang yang berorientasikan umur? Bagaimana pula untuk mengubah suai kurikulum yang sedia untuk kanak-kanak PC ini?


1.9       Batasan Kajian
Kajian ini terhad kepada mengenal pasti kanak-kanak PC dari aspek kecerdasan bahasa. Kajian ini dijalankan keatas dua orang kanak-kanak yang berumur lima dan enam tahun di sebuah prasekolah di Pulau Pinang. Kajian adalah berbentuk kajian kes sahaja.  Oleh itu, hasil kajian dapat digunakan untuk kajian susulan dan  tidak  digeneralisasikan kepada semua kanak-kanak PC. Kajian ini adalah dalam bentuk kualitatif dengan menggunakan instrumen pemerhatian, senarai semak, temu bual dan hasil kerja.

1.10     Rumusan
Kanak-kanak pintar cerdas ini berbeza keupayaannya berbanding kanak-kanak biasa. Mereka ini golongan yang minoriti namum mampu memberi impak kepada prestasi sekolah dan kejayaan sesebuah sekolah. Kajian ini lebih memberi penumpuan kepada  bahasa  dari aspek membaca dan menulis. Dengan itu, tujuan dan objektif  kajian adalah menjuruskan kepada keupayaan subjek dari aspek membaca dan menulis. Pengkaji menjadikan Ujian Stanford-Binet sebagai panduan dalam mengukur keupayaan subjek membaca dan menulis.  Subjek yang dipilih setelah ujian sariang dijalankan adalah seramai dua orang.


BAB 2 :
SOROTAN KAJIAN
2.1       Pendahuluan
            Dalam bab ini pengkaji cuba untuk meneliti kenyataan yang dikeluarkan pakar berkaitan dengan tajuk kajian. Di samping itu pengkaji turut membincangkan Ujian Stanford-Binet dan  beberapa teori berkaitan iaitu teori pelbagai kecerdasan Edward Gardner  dan teori kognitif  

2.2       Tinjauan Kajian Berkaitan
            Mohd. Zuri (2002), dalam kajiannya mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang itu menjadi PC. Fakor-faktor yang diketengahkan ialah pemakanan, persekitaran, rakan sebaya, ibu bapa dan sikap pelajar itu sendiri. Hasil kajian itu mendapati semua faktor yang diketengahkan oleh beliau menyumbang kepada lahirnya PC. Apa yang berbeza antara faktor-faktor tersebut ialah tahap kekuatan pengaruh terhadap lahirnya pelajar pintar cerdas.
Mohd. Zuri et.al. (2008), membuat kajian berkenaan pintar cerdas dari aspek perbezaan personaliti ekstrovert dan introvert dalam kalangan pelajar pintar cerdas akademik (PCA) berdasarkan gender. Dapatan kajian tersebut adalah sukar mengklasifikasikan sama ada PCA merupakan pelajar yang berpersonaliti ekstrovert atau introvert. Hal ini berlaku kerana setiap pelajar adalah unik.
Poon (2007), kajian bertajuk “Pola Kecerdasan Pelbagai  Di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas.” Dapatan kajian menyatakan bahawa dari konteks perbezaan jantina dan aliran , kecerdasan paling cemerlang ialah  kecerdasan  interpersonal. Dari konteks kemahiran berfikir secara kritis pula, kecerdasan  visual ruang dan verbal linguistik adalah cemerlang. Dapatan dengan analisis korelasi pula tidak terdapat hubungan yang signifikan anatar kecerdasan pelbagai merentas jantina dan aliran. Namun terdapat hubungan signifikan yang positif antara kecerdasan pelbagai merentas kemahiran berfikir secara kritis.
            Berdasarkan pernyataan di atas, pengkaji menjalankan kajian pintar cerdas ini dari aspek yang lebih kecil dan subjek yang lebih muda usianya. Kajian yang dijalankan  kebanyakannya melibatkan peringkat sekolah menengah, jarang sekali pada peringkat prasekolah. Dengan itu pengkaji mengambil inisiatif untuk menjalankan kajian bermula dari peringkat prasekolah. Pengkaji mengkaji kecerdasan bahasa kerana kepintaran bermula dengan penguasaan bahasa yang baik.

2.3       Kecerdasan Bahasa              
Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan terhadap kanak-kanak PC. Kriteria yang ketara yang dimiliki oleh kanak-kanak pintar cerdas ini adalah dari segi keupayaan berbahasanya dan kebolehannya melebihi kanak-kanak yang normal. Yahya Don (2005) menyatakan bahawa  pintar cerdas adalah kebolehan luar biasa, suka mengemukakan soalan bertalu-talu dan tidak perlu tunjuk ajar ketika belajar. Hassan Mohammad Ali (2006) menyatakan bahawa kanak-kanak PC mempunyai kebolehan awal yang dapat dikesan iaitu kebolehan mengguna bahasa dengan fasih pada usia awal dan kebolehan membaca pada usia empat tahun.
               Mahani, Ramlah dan Shabuddin (2006), turut mengulas kecerdasan bahasa merangkumi pembacaan,  penulisan dan penggunaan bahasa sendiri dan bahasa asing. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh mengeja perkataan dan membaca dengan  mudah dan tepat, juga suka membaca buku jika ada masa terluang.
Mohd. Shahrani Ahmad ( 2004: 67), merumuskan kecerdasan bahasa adalah kebolehan umum belajar dan memahami bacaan dengan baik dan cekap bersosial.
Dengan kata lain, kecerdasan bahasa yang diketengahkan oleh pakar di atas sangat berhubungkait dengan kajian yang dijalankan

2.4       Skala Pemarkahan - Ujian Stanford-Binet
            Dr. Soetjiningsih  (1995), Ujian Stanford-Binet merupakan pengujian yang mudah dan cepat untuk dijalankan ke atas kanak-kanak tentang perbendaharaan kata dan kemampuan artrikulasi. Kebiasaanya ujian ini boleh dijalankan secara individu untuk menguji kemampuan bahasa yang mempunyai hubungan secara langsung dengan keupayaan mental.
Hasan Mohd Ali (2006), menjelaskan bahawa soalan-soalan “Intelligance Quotient’ (IQ) dalam Stanford-Binet mengandungi soalan berkaitan dengan tatabahasa, penggunaan bahasa, memori, konsep, pemikiran, logikal, numerik dan keupayaan mekanikal. Beliau menjelaskan juga bagi kanak-kanak prasekolah ujian yang biasa dijalankana ialah bagi mengukur kebolehan dan beberapa aspek perkembangan seperti pencapaian bahasa.
Ainon dan Abdullah  (2002), menyatakan bahawa Binet mengukur usia mental dengan mengira berapa item yang dijawab dengan betul berdasarkan apa yang wajar pada usianya. Yakni, pada usia lima tahun, kanak-kanak tersebut dapat menjawab item-item bagi kanak-kanak yang berusia tujuh tahun, maka kanak-kanak itu dikira memiliki usia mental tujuh tahun.
Dengan itu kajian yang dijalankan ini menjadikan ujian Stanford-Binet sebagai asas dalam menjalankan kajian adalah sangat sesuai kerana  penguasaan bahasa yang hendak dilihat pada kanak-kanak PC itu adalah melebihi penguasaan bahasa yang sewajarnya mereka kuasai.Ujian Standford-Binet (Azizi et.al., 2005), memberi beberapa pengelasan markah darjah kecerdasan seperti yang terdapat dalam jadual 1.1 di bawah;
Markah darjah kecerdasan
Pengelasan
Lebih dari 139
Sangat superior
120 -139
Superior
110 – 119
Sederhana tinggi
90 – 109
Sederhana
80 – 89
Sederhana rendah
70 – 79
Pinggiran
Bawah 70
Rencat akal
( Sumber : Azizi et.al. 2005 : 144 )
Jadual 1.1: Darjah Kecerdasan

2.5          Teori-Teori Berkaitan        
               Terdapat  teori yang mendasari kajian ini iaitu Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. Kajian ini banyak menekankan akan penemuan oleh tokoh tersebut dari aspek bahasa.Di samping itu kajian itu juga sedikit sebanyak menyentuh teori yang diketengahkan oleh Piaget juga dari aspek bahasa.

2.5.1       Teori Pelbagai Kecerdasan Howard Gardner
               Howard Gardner merupakan pakar psikologi dari Harvard. Beliau menetapkan terdapat 8 jenis kecerdasan iaitu bahasa, muzik, logik dan matematik, ruang (spatial), gerak badan atau kinestetik, alam sekitar, interpersonal dan intrapersonal. Namun dalam kajian ini cuma  kecerdasan verbal atau bahasa yang akan diketengahkan.
               Mohd. Shahrani (2004), menyatakan bahawa kecerdasan bahasa yang diutarakan oleh Howard Gardner adalah mengetahui erti perkataan, mempunyai kepupayaan menggunakan perkataan, memahami idea baru dan  menggunakan bahasa untuk menyampaikan media kepada orang lain. Rohizani dan Hazri (2009:33) pula menjelaskan bahawa kecerdasan bahasa yang dinyatakan oleh Howard Gardner ialah:
               ...merupakan kebolehan individu menggunakan bahasa,makna
               perkataan, kosa kata dan lain-lain yang berkaitan dengan bahasa
               termasuk dalam kebolehan mengait dan memindahkan   maklumat.
               Kecerdasan ini membolehkan individu itu berkomunikasi dan
               memberikan makna kepada alam ini melalui bahasa”
            Kesimpulannya, kecerdasan bahasa yang diketengahkan oleh Howard Gardner
melibatkan penggunaan bahasa dalam bentuk penulisan dan pembacaan. Dengan itu,
kajian ini memang diasakan dari teori kecerdasan Howard Gardner, namun hanya dari
aspek kecerdasan bahasa sahaja.
           
2.5.2       Teori Kognitif
                Menurut teori yang diketengahkan oleh Piaget pada umur  dua hingga tujuh  kanak-kanak berada pada tahap pra-operasi (Azizi et.al., 2005). Pada tahap ini juga perkembangan bahasa kanak-kanak semakin meningkat akibat dari pengaruh persekitaran dan sosial yang berlaku sewaktu berada di sekolah. Perkembangan bahasa adalah dalam bentuk dua hala tidak lagi berbentuk egosentrik. Menurut Rohani Abdullah (2006), Piaget menyatakan pada peringkat ini bahasa kanak-kanak berkembang dengan pesat.
            Abd.Aziz (2000), men  urut Piaget kanak-kanak bersedia untuk belajar sesuatu apabila mereka sudah sampaipada tahap perkembangan mental yang diperlukan. Hal ini bermakna, paras kesukaran bahan pembelajaran itu perlu selaras dengan paras kematangan mental mereka.  Dalam kajian ini, kecerdasan bahasa subjek dikaji adalah dengan mengambil kira tahap perkembangan bahasa yang anjurkan oleh Piaget.


2.7          Kerangka Teoritikal


                                 KANAK-KANAK PINTAR CERDAS


          TEORI KECERDASAN                                 TEORI KOGNITIF                           BAHASA  HOWARD                  (JEAN PIAGET)                                                                               
GARDNER                                                                                  
                                          
                        
 PENGUKURAN DARJAH KECERDASAN



                                          KECERDASAN BAHASA
Rajah 2.1: Kerangka Teoritikal Kajian.


               Kerangka teoritikal ini menerangkan kanak-kanak PC yang dikaji akan diukur menggunakan markah kecerdasan berdasarkan kepada skima markah darjah kecerdasan yang diubahsuai dari Ujian Stanford-Binet.  Kecerdasan bahasa yang dijadikan pemboleh ubah kajian ini adalah menggunakan teori kecerasan pelbagai Howard Gardner dan  Piaget. Teori merupakan asas dalam menjalankan kajian.          

2.7          Rumusan
               Pengukuran  markah kecerdasan berdasarkan kepada ujian Stanford-Binet menjadi asas kepada pentaksiran markah subjek dari aspek kecerdasan bahasa iaitu membaca dan menulis.  Walau bagaimanapun pengkaji mengubahsuai takat markah bagi menyesuaikannya dengan subjek yang dipilih. Teori kecerdasan bahasa Piaget  dan teori kecerdasan bahasa Howard Gardne meletakan bahasa sebagai salah satu adaptasi kognitif dan menjadi faktor utama perkembangan kanak-kanak yang dikategorikan PC. Perkembangan dan penguasaan kemahiran bahasa yang baik merupakan aspek awal yang menunjukkan seorang kanak-kanak itu PC. Maka kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kebolehan membaca dan menulis kanak-kanak PC.
              


BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1       Pendahuluan
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti aspek bahasa iaitu  membaca  dan menulis kanak-kanak PC di prasekolah. Bab ini akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, subjek kajian, instrument kajian iaitu pemerhatian, senarai semak dan hasil kerja. Selain itu, bab ini juga menerangkan berkenaan prosedur pengumpulan data dan menganalisis data melalui pemerhatian, senarai semak dan hasil kerja. Pada akhir bab ini,juga diterangkan berkenaan kesahan dan keboleh percayaan instrumen dan rumusan.
 
3.2       Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan  merupakan kajian kes di sebuah kelas prasekolah di Pulau Pinang.  Malek (2007), menyatakan kajian kes diguna untuk mendapatkan maklumat berdasarkan sesuatu isu atau masalah terhadap individu atau sekelompok murid. Kajian kes  melibatkan pengumpulan data secara pemerhatian, borang senarai semak dan hasil kerja subjek,  dan tidak melibatkan penggunaan  menganalisis data secara  nombor atau  statistik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kebolehan membaca dan menulis bagi subjek yang terlibat. Dengan itu, kajian ini tidak akan membuat generalisasi keseluruhan kanak-kanak PC. Kerangka reka bentuk kajian dapat digambarkan seperti rajah di bawah:


Kerangka Reka Bentuk Kajian


                                                               KAJIAN KES


                                                            KUALITATIF




PEMERHATIAN                                             HASIL KERJA
-MEMBACA                                                     -MENULIS

                                                                     
                                                    MARKAH KECERDASAN           
Rajah  3.1 : Kerangka Rekabentuk Kajian
            Reka bentuk kajian yang dijalankan dapat dirumuskan dalam rajah 3.1 di atas. Kajian yang dijalankan adalah kajian kes. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menjadikan pemerhatian menggunakan borang senarai semak dan hasil kerja sebagai instrumen kajian. Pemerhatian menngunakan borang senarai semak adalah untuk menguji aspek membaca dan hasil kerja pula untuk menguji aspek menulis.

3.3       Subjek  Kajian
Kajian yang dijalankan menggunakan persampelan purposif kerana ia melibatkan pemilihan subjek adalah bagi bertujuan untuk mendapatkan data dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan ( Azizi et.al.,2006). Menurut Hashim (1984), pengkaji menggunakan pertimbangan sendiri untuk memilih subjek kajian dan hanya memilih subjek yang sesuai dengantujuan kajiannya. Berdasarkan kepada pernyataan pakar di atas pengkaji telah memilih subjek kajian berdasarkan pemerhatian dan pertimbangan sendiri yang dirasakan subjek yang dipilih adalh sesuai dengan kajian yang dijalankan.  Subjek yang dipilih adalah seramai dua orang kanak-kanak prasekolah yang berumur  lima dan enam tahun di Pulau Pinang. Rasional pemilihan dua subjek sahaja adalah, selepas dijalankan ujian saringan (Lampiran A), hanya dua subjek ini yang mencapai markah kercerdasan  pintar cerdas. Di samping itu, masa kajian yang singkat, sukar untuk membuat kajian di kawasan atau sekolah yang lain.

3.4       Instrumen Kajian
Terdapat pelbagai alat  atau instrumen kajian yang oleh digunakan untuk mengumpul data dan  maklumat yang diperlukan dalam kajian. Menurut  Malek (2007) instrumen kajian boleh dibina oleh pengkaji sendiri atau dipilih dari alat kajian, inventori atau  ujian yang sedia ada. Kaedah kualitatif pula tidak melibatkan angka-angka untuk mentafsirkan data atau maklumat tersebut. Kaedah pengumpulan data adalah melalui pemerhatian, senarai semak dan analisis dokumen (hasil kerja).

3.4.1    Pemerhatian Dan  Borang Senarai Semak
Pemerhatian yang dijalnkan adalah pemerhatian berstruktur kerana pengkaji
telah mengenal pasti subjek kajian dan menggunakan senarai semak dalam melakukan pemerhatian (Hashim, 1984;  Mohd Majid, 1990).  Item-item ujian diambil dari buku Instrumen Penentu Penguasaan Membaca, Menulis dan Mengira  (KPM, 2009). Item  ujian pada borang senarai semak adalah sama dengan buku ujian yang akan diberikan pada subjek.  Ujian  ini  digunakan  untuk memperoleh data berkaitan dengan soalan  kajian 1 yang melibatkan aspek membaca. Contoh borang senarai semak disertakan dalam lampiran 3. Borang tersebut mengandungi item-item seperti berikut:
i.                     Namakan huruf kecil
ii.                   Namakan huruf besar
iii.                  Konsonan
iv.                 Vokal
v.                   Sukukata kv
vi.                 Sukukata kvk
vii.                Sukukata yang melibatkan diftong dan difgraf
viii.              Sukukata kvkv yang berdifgraf
ix.                 Perkataan v + kv
x.                   Perkataan kv + kv
xi.                 Perkataan kv + kv yang melibatkan difgraf
xii.                Perkataan kv + kv yang melibatkan diftong
xiii.              Perkataan kvk
xiv.              Perkataan v + kvk
xv.               Perkataan v + kvkk
xvi.              Perkataan kv + kvk / kvk + kv
xvii.            Perkataan kv + kvkk
xviii.           Perkataan kv + kvk / kvk + kv melibatkan diftong dan difgraf
xix.              Perkataan kvk + kvk
xx.               Perkataan kvk + kvk dengan difgraf
xxi.              Perkataan mengenandungi vokal berganding
xxii.            Perkataan kv + kv + kv
xxiii.           Perkataan kv + kv + kkv
xxiv.          Perkataan kv + kv + kvv
xxv.            Perkataan kv + kkvv
xxvi.          Perkataan kvk + kv + kvk
xxvii.         Perkataan kv + kv + kvkk
xxviii.       Perkataan kv + kvk + kvkk
xxix.          Perkataan kvk + kv + kvkk
xxx.            Perkataan kvkk + kv + kvk
xxxi.          Perkataan kv + kvkk + kvk
xxxii.         Membaca ayat mudah
xxxiii.       Membaca petikan dan menjawab soalan pemahaman.
Item-item ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Tahun Satu dan Tahun Dua (KPM, 2010b). KSSR digunakan  kerana terdapat kesinambungan standard pembelajaran dan standard kandungan dari KSPK. Dalam kajian ini, pemilihan item tersebut dilakukan kerana seorang kanak-kanak yang dianggap PC, memiliki keupayaan penguasaan yang lebih dari  kanak-kanak normal (Hasan, 2006).

3.4.2    Dokumen ( Hasil Kerja)
Dokumen ialah apa-apa juga bahan bertulis yang mengandungi maklumat yang hendak dikaji (Hashim,1984).  Pengumpulan data melalui hasil kerja adalah digunakan untuk menjawab persoalan 2. Dokumen yang dikaji adalah dalam bentuk hasil kerja iaitu hasil penulisan adalah menjadi bahan untuk dianalisis oleh pengkaji. Beberapa ujian penulisan (KPM, 2009), telah diberikan oleh pengkaji untuk melihat tulisan dan jawapan yang diberikan oleh subjek. Contoh ujian ada disertakan (Lampiran 4). Ujian tersebut menguji kemahiran:
i.                     Nama huruf kecil
ii.                   Nama huruf besar
iii.                  Suku kata v
iv.                 Suku kata kv
v.                   Perkataan kv + kv
vi.                 Perkataan kv + kv +kv
vii.                Melengkapkan perkataan dua suku kata v + kv
viii.              Menulis perkataan kvk
ix.                 Melengkapkan sukukata awalan kvk
x.                   Melengkapkan perkataan dua suku kata v + kvk
xi.                 Melengkapkan perkataan dua suku kata kv + kvk
xii.                Melengkapkan perkataan dua suku kata kvk + kv
xiii.              Melengkapkan perkataan dua suku kata kvk + kvk
xiv.              Perkataan kv + kv + kvk
xv.               Perkataan kvk + kv + kvk
xvi.              Melengkapkan perkataan dua suku kata kv + kvk
xvii.            Melengkapkan perkataan suku kata kvkk
xviii.           Melengkapkan perkataan dua suku kata v + kvkk
xix.              Melengkapkan perkataan dua suku kata kvk + kvkk
xx.               Melengkapkan perkataan dua suku kata kvkk + kv
xxi.              Melengkapkan perkataan dua suku kata kvkk + kvk
xxii.            Melengkapkan perkataan dua suku kata kvkk + kvkk
xxiii.           Perkataan kv + kv + kvkk
xxiv.          Perkataan kv + kvk + kvkk
xxv.            Melengkapkan perkataan mengandungi diftong dan vokal berganding
xxvi.          Melengkapkan perkataan mengandungi huruf konsonan berganding
Pemilihan item menulis di atas adalah berdasarkan kepada KSSR Tahun Satu
dan Tahun Dua (KPM, 2010b). Item-item yang dipilih adalah bersesuaian dengan kebolehan subjek kajian.

3.5       Prosedur Pengumpulan Data Kajian
Pengkaji telah memperoleh surat kebenaran dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) dan juga surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang (JPN).  Kebenaran diperoleh melalui surat rasmi yang dikeluarkan setelah penghantaran Projek Penyelidikan Sarjana Pendidikan dari bab satu hingga bab tiga diluluskan. Pengkaji menjalankan ujian saringan terlebih dahulu bagi memilih murid yang dianggap PC dalam kalangan murid prasekolah yang dipilih.
Pengkaji kemudiannya mentadbir ujian melalui dua kaedah iaitu pemerhatian menggunakan borang senarai semak dan dokumen yang berbentuk hasil kerja subjek. Kajian dijalankan bermula pada 5 September 2011 hingga 21 Oktober 2011. Kajian ini dijalankan selama tujuh  minggu.

3.5.1    Pemerhatian dan Borang Senarai Semak
Pengkaji  memberi buku ujian membaca dan pengkaji menyemak  senarai semak ujian bacaan.  Masa untuk menjawab bagi setiap set soalan adalah selama 20 minit sahaja. Pengkaji akan membaca soalan dan responden akan memberi jawapan. Bagi jawapan yang betul pengkaji akan tandakan   dan ×  bagi jawapan yang salah.. Pengkaji menyediakan bahan bacaan  dalam bentuk manual kepada subjek. Terdapat kemahiran seperti mengenal huruf, membatang suku kata, membatang perkataan, perkataan berimbuhan, membaca ayat dan petikan. Prosedur pengumpulan data dibahagikan mengikut minggu dapat diringkaskan seperti dalam jadual 3.1 dibawah:
Minggu
Fasa & Set soalan
Kandungan soalan
1
( 5 – 9 Sept.11)
1
(Set Soalan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9)
Mengenal huruf, membatang suku kata, membatang perkataan dan membaca perkataan
2
(12 – 16 Sept.11)
1
(Set Soalan 10, 11, 12, 13, 14,15, 16, 17)
Mengenal huruf, membatang suku kata, membatang perkataan dan membaca perkataan
3
(19 – 23 Sept.11)
2
( Set Soalan 18, 19, 20, 21, 22,23, 24, 25)
Membatang dan membaca perkataan berimbuhan, membaca ayat dan membaca petikan
4
(26 -30 Sept.11)
2
( Set Soalan  26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33)
Membatang dan membaca perkataan berimbuhan, membaca ayat dan membaca petikan
Jadual 3.1: Jadual Pengujian Membaca Mengikut Minggu

            Prosedur pengumpulan data secara lebih khusus diterangkan dalam jadual 3.2 di bawah. Dalam jadual di bawah pemerhatian dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa empat minggu, setiap kali pemerhatian 20 minit diberikan kepada subjek untuk menjawab soalan ujian. Pengkaji tidak melakukan pemerhati setiap hari kerana bimbang akan mengganggu pembelajaran subjek dan pemngajaran guru.
Fasa
Hari
Kemahiran Diuji
Prosedur Pengumpulan
1
Pertama

Mengenal huruf kecil dan besar, fonik konsonan dan vokal
Subjek membaca manual   ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
1
Kedua
Membunyikan suku kata kv, kvk, kv melibatkan diftong dan difgraf dan kvk melibatkan difgraf
Subjek membaca manual  ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
2
Ketiga

Membaca perkataan v + kv, kv + kv, kv + kv melibatkan difgraf
Subjek membaca manual ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
2
Keempat

Membaca perkataan kv + kv melibatkan diftong, perkataan kvk, perkataan v + kvk
Subjek membaca manual  ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
3
Kelima
Perkataan v + kvkk, Perkataan kv + kvk / kvk + kv, Perkataan kv + kvkk

Subjek membaca manual  ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
3
Keenam
Perkataan kv + kvk / kvk + kv melibatkan diftong dan difgraf, Perkataan kvk + kvk, perkataan kvk + kvk dengan difgraf

Subjek membaca manual ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
3
Ketujuh
Perkataan mengenandungi vokal berganding, Perkataan kv + kv + kv,
Perkataan kv + kv + kkv
Subjek membaca manual  ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
4
Kelapan
Perkataan kv + kv + kvv,
Perkataan kvk + kv + kvk
Perkataan kv +kv + kkvv
Subjek membaca manual ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
4
Kesembilan
Perkataan kv + kv + kvkk  
Perkataan kvkk + kv + kvk, Perkataan kv + kvk + kvkk, Perkataan kvk  + kv + kvkk
Subjek membaca manual  ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
4
Kesepuluh
Perkataan kv + kvkk + kv
Membaca ayat mudah
Membaca petikan dan menjawab soalan pemahaman.

Subjek membaca manual  ujian  membaca yang diberikan secara individu. Pengkaji akan menyemak bacaan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika bacaan adalah betul.
Jadual 3.2 : Jadual Prosedur Pengumpulan Data Membaca

3.5.2    Dokumen
Prosedur ini melibatkan pengumpulan data dari hasil kerja kanak-kanak PC  yang semua hasil kerja adalah berbentuk penulisan dan menjawab soalan. Terdapat 24 set soalan yang akan pengkaji berikan kepada subjek, masa untuk menjawab bagi setiap set soalan ialah 20 minit. Pengkaji mengambil masa lebih lama dalam pengumpulan data kerana ujian ini dibuat oleh subjek tanpa bantuan dari pengkaji dari segi arahan soalan, subjek akan membaca sendiri arahan soaalan. Pengkaji hanya memerhati subjek membuat uji
Set soalan ini akan diberi kepada subjek pada minggu keempat dan seterusnya sehingga minggu ketujuh. Pengkaji membahagi bahan untuk penulisan kepada beberapa kemahiran iaitu menulis huruf, suku kata, perkataan, perkataan berimbuhan, ayat dan petikan. Pembahagian set soalan berdasarkan minggu dapat diringkaskan seperti jadual di bawah:
Minggu
Fasa & Set soalan
Kandungan Soalan
4
(26 -30 Sept.11)
1
(Set Soalan 1, 2, 3, 4, 5, 6,)
Menulis huruf besar, kecil, suku kata v, kv,  kv + kv,  kv + kv + kv .Menulis perkataan v + kv, kvk, suku kata kvk, perkataan v + kvk, perkataan kv + kvk,
5
(3 – 7 Okt.11)
2
(Set Soalan  7,  8, 9, 10, 11, 12,)
Menulis perkataan kvk + kv, perkataan kvk + kvk, perkataan kv + kv + kvk, perkataan kvk + kv + kvk, perkataan  kv + kvkk,
6
(10 -14 Okt.11)
3
(Set Soalan 13,14, 15, 16, 17, 18, 19,)
Menulis perkataan  kvkk, perkataan  v + kvk, perkataan kvk + kvkk, perkataan kvkk + kv, perkataan kvkk + kvk
7
(17 – 21 Okt.11)
4
(Set Soalan 20, 21 ,22,  23, 24, 25, 26)
Menulis perkataan kvkk + kvkk, perkataan kv + kv + kvkk, perkataan kv + kvk + kvkk,perkataan diftong dan vokal berganding, perkataan huruf konsonan berganding
Jadual 3.3: Jadual Pengujian Menulis
           
Prosedur pengumpulan data secara lebih khusus diterangkan dalam jadual 3.4 di bawah. Dalam jadual di bawah ujian dilakukan sebanyak 10 kali dalam masa empat minggu, peruntukan masa ialah 20 minit. Pengkaji tidak melakukan ujian setiap hari kerana bimbang akan mengganggu pembelajaran subjek dan pemngajaran guru.
Fasa
Hari
Kemahiran Diuji
Prosedur Pengumpulan Data
1
Pertama

Menulis huruf kecil dan besar, suku kata v
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
1
Kedua

Suku kata kv, perkataan kv + kv, perkataan kv + kv + kv
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
2
Ketiga

Perkataan v + kv, perkataan kvk, suku kata kvk
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
2
Keempat

Perkataan v + kvk, perkataan kv + kvk, perkataan kvk + kv,
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
3
Kelima

Perkataan kvk + kvk, perkataan kv + kv + kvk, perkataan kvk + kv + kvk
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.

3
Keenam

Perkataan kv + kvkk, perkataan kvkk, Perkataan v + kvkk.
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
3
Ketujuh

Perkataan kvk + kvkk, perkataan kvkk + kv
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
4
Kelapan

Perkataan kvkk + kvk,
perkataan kvkk + kvkk,
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
4
Kesembilan

Perkataan kv + kv + kvkk,
Perkataan kv + kvk + kvkk
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
4
Kesepuluh
Perkataan mengandungi
Diftong dan vokal berganding, perkataan mengandungi huruf konsonan berganding
Subjek menjawab soalan ujian yang diberikan secara individu. Pengkaji menyemak jawapan subjek dan tanda √ pada senarai semak jika jawapan yang ditulis  adalah betul.
Jadual 3.4 :  Jadual Prosedur Pengumpulan Data Menulis

3.6       Prosedur Analisis Data Kajian
            Pemprosesan atau penganalisisan data ialah teknik pengumpulan,  penganalisisan dan pengeluaran data. Matlamat daripada data ialah untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna.

3.6.1    Pemerhatian Dan Borang Senarai Semak
Dala kajian ini pengkaji akan meneliti cara subjek membaca iaitu membaca terus atau mengeja terlebih dahulu. Di samping keupayaaan membaca dengan sebutan yang betul dan lancar. Pengkaji telah membahagi setiap set soalan mengikuti minggu seperti yang terdapat dalam jadual 3.1 di atas, dengan 10 kali pemerhatian. Pengkaji akan menganalisis data secara berperingkat-peringkat. Pengkaji tidak memberi subjek keseluruhan manual (KPM, 2009) untuk  Prosedur kajian kerana tidak mahu mengganggu waktu pembelajaran subjek. Prosedur analisis data kajian dapat diringkaskan adalah seperti dalam jadual 3.3 di bawah:
Bil
Hari
Kemahiran Diuji
Prosedur Analisis
1
Pertama

Mengenal huruf kecil dan besar, fonik konsonan dan vokal
Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

2
Kedua

Membunyikan suku kata kv, kvk, kv melibatkan diftong dan difgraf dan kvk melibatkan difgraf
Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

3
Ketiga

Membaca perkataan v + kv, kv + kv, kv + kv melibatkan difgraf
Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

4
Keempat

Membaca perkataan kv + kv melibatkan diftong, perkataan kvk, perkataan v + kvk
Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

5
Kelima
Perkataan v + kvkk, Perkataan kv + kvk / kvk + kv, Perkataan kv + kvkk

Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

6
Keenam

Perkataan kv + kvk / kvk + kv melibatkan diftong dan difgraf, Perkataan kvk + kvk, perkataan kvk + kvk dengan difgraf

Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

7
Ketujuh

Perkataan mengenandungi vokal berganding, Perkataan kv + kv + kv,
Perkataan kv + kv + kkv
Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

8
Kelapan

Perkataan kv + kv + kvv,
Perkataan kvk + kv + kvk
Perkataan kv +kv + kkvv
Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

9
Kesembilan

Perkataan kv + kv + kvkk  
Perkataan kvkk + kv + kvk, Perkataan kv + kvk + kvkk, Perkataan kvk  + kv + kvkk
Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

10
Kesepuluh
Perkataan kv + kvkk + kv
Membaca ayat mudah
Membaca petikan dan menjawab soalan pemahaman.

Pengkaji akan meneliti cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan menyemak jumlah jawapan betul, kemudian masukkan markah ke dalam jadual 4.1. Setiap set soalan akan dikira jumlahnya untuk dibuat analisis markah keseluruhan.

Jadual 3.5 : Jadual Prosedur Analisi  Data Membaca
            Berdasarkan kepada jadual, di samping mendengar subjek membaca pengkaji juga akan meneliti aspek cara subjek menyebut perkataan dengan betul dan lancar. Juga membaca secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan mencatat pada bahagian analisis pada senarai semak.

3.6.2    Dokumen
            Prosedur analisis data dari hasil kerja menulis adalah dari segi jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran).  Prosedur analisis data diringkaskan seperti dalam jadual 3.3 di bawah:

Bil
Hari
Kemahiran Diuji
Prosedur Analisis
1
Pertama

Menulis huruf kecil dan besar, suku kata v
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran), pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
2
Kedua

Suku kata kv, perkataan kv + kv, perkataan kv + kv + kv
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran). Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
3
Ketiga

Perkataan v + kv, perkataan kvk, suku kata kvk
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran). Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
4
Keempat

Perkataan v + kvk, perkataan kv + kvk, perkataan kvk + kv,
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada   jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran). Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
5
Kelima

Perkataan kvk + kvk, perkataan kv + kv + kvk, perkataan kvk + kv + kvk
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran). Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
6
Keenam

Perkataan kv + kvkk, perkataan kvkk, Perkataan v + kvkk.
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran). Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
7
Ketujuh

Perkataan kvk + kvkk, perkataan kvkk + kv
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran) Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
8
Kelapan

Perkataan kvkk + kvk,
perkataan kvkk + kvkk,
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran) Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
9
Kesembilan

Perkataan kv + kv + kvkk,
Perkataan kv + kvk + kvkk
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran). Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
10
Kesepuluh
Perkataan mengandungi
Diftong dan vokal berganding, perkataan mengandungi huruf konsonan berganding
Pengkaji akan menyemak ujian subjek berdasarkan kepada  jawapan betul, ejaan dan ketekalan tulisan (saiz dan ukuran) Pengkaji akan menanda jawapan betul pada senarai semak, kemudian pengkaji akan mengira jumlah jawapan betul, kemudian dimasukkan ke dalam jadual 4.2 untuk dianalisis.
Jadual 3.6 : Jadual Prosedur Analisis Data Menulis
            Berdasarkan kepada jadual, di samping meneliti jawapan ujian menulis yang dilakukan oleh subjek, pengkaji turut meneliticara subjek  membaca iaitu secara terus atau mengeja terlebih dahulu. Pengkaji akan mencatat pada bahagian analisis pada senarai semak.

3.7       Kesahan Dan Kebolehpercayaan    
            Setiap instrumen kajian perlulah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam kajian ini, kesahan dan kebolehpercayaan adalah dari segi kesahan muka dan kandungan.

3.7.1    Kesahan
            Menurut  Azizi et.al (2006), kesahan merujuk kepada pengukuran yang mampu dan berjaya mengukur apa yang hendak diukur. Dalam  kajian ini  kesahan kandungan diguna untuk menilai kesahan kerana instrument yang digunakan adalah dalam bentuk kemahiran membaca dan menulis. Dalam kajian ini, terdapat kesahan muka berdasarkan kepada item-item ujian yang menilai apa yang hendak dikaji oleh pengkaji. Tiada item yang lari dari tajuk yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu aspek membaca dan menulis. Menurut Azizi et.al. (2006), kesahan muka merupakan soal selidik atau senarai semak itu mengukur apa yang hendak diukur dan nampak sesuai semua item-itemnya.
            Kesahan yang kedua telah digunakan oleh pengkaji ialah kesahan kandungan. Kesahan kandungan, instrumen yang digunakan telah dirujuk kepada Ketua Panitia Prasekolah dan Ketua Panitia Bahasa Melayu di sekolah yang di kaji. Ketua Panitia Prasekolah telah mengajar prasekolah selama 14 tahun. Beliau mengajar prasekolah sejak dari tahun 1998. Beliau sebelum ini pernah mengajar di sekolah rendah di kawasan lain, sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Sains Malaysia. Ijazah Sarjana Muda adalah dalam pengkhususan prasekolah. Beliau juga merupakan Jurulatih Negeri untuk KSPK dan Pejabat Pendidikan Daerah Utara (PPDU). Beliau pernah memberi kursus KSPK kepada guru-guru tadika swasta negeri Pulau Pinang dan Kedah.  Beliau juga selalu memberi kursus dan menjadi fasilitator kepada guru-guru prasekolah Pulau Pinang dalam bidang KSPK. Berdasarkan kepada pengetahuan dan pengalaman beliau, pengkaji telah menjadikan beliau sebagai rujukan dan perbincangan dalam pemilihan item instrumen.
            Ketua Panitia Bahasa Melayu pula telah mengajar dalam mata pelajaran tersebut salama 20 tahun. Beliau kini mengajar Bahasa Melayu untuk murid Tahun Enam. Beliau pernah mengikut pelbagai kursus peningkatan pengetahuan dan kemahiran Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh pihak JPN atau PPDU. Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran secara Pensiswazahan Guru di Institut Perguruan Darul Aman (IPDA). Beliau juga memegang beberapa jawatan penting di sekolah, antaranya Guru Penyelaras Tahun Enam, Guru Kaunseling, Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan beberapa jawatan lain lagi. Pengkaji juga berbincang dengan beliau berkenaan item instrumen.

3.7.2    Kebolehpercayaan
            Kebolehpercayaan  merupakan satu kemestian dalam mengukur ketepatan sesuatu ujian atau instrument. Chek Mat (2008), setiap ujian yang dilaksanakan mestilah mempunyai kebolehpercayaan untuk mengukur ketepatan ujian. Kebiasaannya kebolehpercayaan dapat diukur dengan melakukan ujian rintis terlebih dahulu. Namum dalam kajian ini kebolehpercayaan instrument tiada, kerana pengkaji tidak menjalankan kajian rintis. Hal ini kerana instrumen yang digunakan adalah instrumen yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, yang memang telah terbukti kebolehpercayaannya.

3.7       Rumusan
Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah untuk melihat kanak-kanak yang dikaji secara mendalam, di samping   mengumpul data yang benar dan menepati seperti apa yang diharapkan oleh pengkaji. Prosedur yang dijalankan adalah secara tidak langsung dan tanpa kanak-kanak merasa tertekan. Dengan itu pengkaji mengambil masa selam tujuh minggu bersama subjek di dalam kelas. Prosedur ini penting bagi mendapat input yang lebih berkesan dan membantu dalam mengenal pasti kanak-kanak yang dikaji adalah PC.
Pemerhatian dijalankan berdasarkan senarai semak digunakan dalam menjalankan kajian. Hal ini kerana penggumpulan data hanya melalui pemerhatian semata-mata tidak dapat membantu pengkaji mengenal pasti kebolehan tahap penguasaan bahasa subjek. Rasional pemilihan  item-item dari Sukatan Pelajran Tahun Satu dan Tahun Dua adalah untuk melihat tahap penguasaan bahasa subjek. Menurut Yahya (2005), pelajar PC adalah kanak-kanak yang maju dalam pelajaran dan menerima pelajaran lebih awal dari kanak-kanak normal. Item-item yang digunakan telah disemak oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Oleh itu kesahan terhadap item-item itu tidak perlu dipertikaikan lagi.



BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1       Pendahuluan
            Semua data yang diperolehi daripada pemerhatian dan borang senarai semak terhadap aspek membaca dan hasil kerja terhadap penulisan subjek dianalisis.  Analisis terhadap borang senarai semak , dapat mengenal pasti penguasaan membaca subjek. Analisis terhadap hasil kerja pula dapat mengenal pasti penguasaan menulis subjek. Hasil dapatan kajian dianalisis dan dibincangkan berdasarkan persoalan kajian yang dibentuk.

4.2       Analisis Dapatan Kajian
            Analis dapatan yang akan dibuat adalah untuk menjawab persoalan kajian. Persoalan ini terbahagi kepada tiga bahagian. Setiap bahagian akan dianalisis secara terperinci.

4.2.1    Mengenal Pasti Kebolehan Membaca Kanak-Kanak PC (SK 1)
            Berdasarkan kepada permerhatian berstruktur yang dijalankan, dapatan kajian dapat diringkaskan seperti jadual 4.1 di bawah:
            Set Soalan
Kandungan Kebolehan Membaca
Markah Subjek 1
Markah Subjek 2
Analisis
1
Huruf kecil
26 / 26
26 / 26
Kedua-dua subjek dapat menyebut huruf dengan lancar.
2
Huruf besar
26 / 26
26 / 26
Kedua-dua subjek dapat menyebut huruf dengan lancar.
3
Fonik konsonan
8 / 8
8 / 8
Kedua-dua subjek dapat menyebut huruf awal dengan betul.
4

Vokal
6 / 6
6 / 6
Kedua-dua subjek dapat menyebut huruf vocal awal dengan betul.
5

Suku kata kv
12 / 12
12 / 12
Kedua-dua subjek dapat membatang suku kata dengan lancar.
6


Suku kata kvk
10 / 10
10 / 10
Sujek 1- Boleh membaca dengan lancar.
Subjek 2 - ‘kit’ disebut ‘kin’, kesilapan sebutan mungkin kerana gugup.
7
Suku kata kv melibatkan diftong dan difgraf
10 / 10
10 / 10
Kedua-dua subjek dapat membatang suku kata dengan lancar.
8


Suku kata kvk melibatkan difgraf
10 / 10
10 / 10
Sujek 1- Boleh membaca dengan lancar kecuali ‘nyang’ disebut sedikit gagap dan tidak yakin.
Subjek 2 – Semua boleh dibaca kecuali nyak, ngat dan nyang, perlu dieja sebelum dibatang.
9
Perkataan v + kv
8 / 8
8 / 8
Kedua-dua subjek dapat membatang suku kata dengan lancar.
10
Perkataan kv
+ kv
10 / 10
10 / 10
Kedua-dua subjek dapat membatanag suku kata dengan lancar.
11

Perkataan kv + kv melibatkan difgraf
6 / 6
6  / 6
Sujek 1- Boleh membaca dengan lancar
Subjek 2 – Semua boleh dibaca kecuali ngilu dan ngeri perlu dieja sebelum dibatang.
12
Perkataan kv + kv melibatkan diftong
6  / 6
6  / 6
Sujek 1- Boleh membaca dengan lancar
Subjek 2 – Semua boleh dibaca kecuali kelui dan kalui perlu dieja sebelum dibatang
13

Perkataan kvk
10 / 10
8 / 10
Sujek 1- Boleh t membaca dengan lancar
Subjek 2 – Semua boleh dibaca kecuali ‘lap’ jadi ‘lau’ dan ‘wap’ jadi ‘wau’.  Mungkin terlalu yakin dengan diri sendiri, kerana bila ditnya sekali lagi, beliau tetap mengatakan jawapan yang diberikan betul                                 
14
Perkataan v + kvk
10 / 10
10 / 10
Kedua-dua subjek dapat membatang suku kata dengan lancar.
15

Perkataan v + kvkk
10  / 10
10 / 10
Sujek 1- Boleh membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca tetapi kurang lancar, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.
16
Perkataan kv + kvk / kvk + kv
10 / 10
10  / 10
Kedua-dua subjek dapat membatang suku kata dengan lancar kecuali ‘tempo’  dibatang ‘tempo’
17
Perkataan kv + kvkk
10 / 10
10 / 10
Kedua-dua subjek dapat membatang suku kata dengan lancar.
18
Perkataan kv + kvk / kvk + kv melibatkan difgraf
8 / 8
10 / 10
Kedua-dua subjek dapat membaca suku kata dengan lancar.
19

Perkataan kvk + kvk
10 / 10
8 / 8
Sujek 1- Boleh membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca tetapi kurang lancar, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.
20
Perkataan kvk + kvk dengan difgraf
10  / 10
9  / 10
Sujek 1- Boleh membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca tetapi kurang lancar, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.

21
Perkataan mengandungi vokal berganding
10 / 10
9  / 10
Sujek 1- Boleh membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca tetapi kurang lancar, beberapa perkataan perlu dieja terlebih dahulu.
22

Perkataan kv + kv + kv
10 / 10
10 / 10
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.
23

Perkataan kv + kv + kkv
5 / 5
5 / 5
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.
24

Perkataan kv + kv + kvv
5 / 5
5 / 5
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.
25

Perkataan kv + kv + kkvv
4 / 4
4  / 4
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.
26

Perkataan kvk + kv + kvk
10 / 10
10 / 10
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja terlebih dahulu.
27

Perkataan kv + kv + kvkk
10 / 10
10 / 10
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja secara senyap
28

Perkataan kv + kvk + kvkk
10  / 10
8 / 10
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja secara senyap

29

Perkataan kvk + kv + kvkk
10 / 10
10 / 10
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja secara senyap

30

Perkataan kvkk + kv + kvk
10 / 10
10 / 10
Sujek 1- Dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja secara senyap
31




Perkataan kv + kvkk + kvk
9  / 10
9 / 10
Sujek 1- dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar Namun sebutan untuk ‘merengkok’ tidak berapa tepat.  
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja secara senyap. Namun sebutan untuk ‘selonggok’ tidak berapa tepat. 

32

Membaca ayat mudah
5 / 5
5 / 5
Sujek 1- Dapat membaca terus tanpa mengeja dengan lancar
Subjek 2 – Boleh membaca, tetapi beberapa perkataan dieja secara senyap.
33
Bacaan Pemahaman
3 / 3
3 / 3
Sujek 1- Boleh membaca terus tanpa mengeja dengan lancar dan intonasi yang betul. Menjawab soalan pemahaman tanpa merujuk kepada petikan.
Subjek 2 – Boleh membaca, beberapa perkataan dieja secara senyap dan dapat menjawab soalan pemahaman dengan baik dan hanya satu soalan dirujuk petikan
Markah Keseluruhan
317 / 318
311 / 318
Terdapat sedikit perbezaan markah antara kedua-dua subjek iaitu sebanyak 6 markah
Peratus Keseluruhan (%)
99.7
97.8
Perbezaan peratus kedua-dua subjek juga sedikit iaitu 1.9 peratus sahaja
Jadual 4.1 : Analisis Dapatan Kebolehan Membaca
            Berdasarkan kepada analisis kebolehan membaca subjek telah menguasai kemahiran bagi murid Tahun Satu dan Tahun Dua. Subjek 1 telah mengusai sepenuhnya kemahiran yang diuji, terdapat beberapa kesilapan bacaan adalah kerana kesilapan membatang sukukata akhir. Subjek 2 juga telah menguasai kemahiran namum masih perlu mengeja bila membabitkan perkataan dengan sukukata yang lebih sukar.

4.2.2    Mengenal Pasti Kebolehan Menulis Kanak-Kanak PC
            Berdasarkan kepada ujian menulis yang dijalankan oleh subjek, maka dapat diringkaskan seperti yang terdapat dalam jadual 4.2  di bawah:
Set Soalan
Kandungan Kebolehan Menulis
Markah Subjek 1
Markah Subjek 2
Analisis
1

Huruf kecil
26 / 26
26 / 26
Kedua-dua subjek menulis huruf kecil dengan betul
2

Huruf besar
26 / 26
26 / 26
Kedua-dua subjek menulis huruf kecil dengan betul
3

Suku kata v
6 / 6
6 / 6
Kedua-dua subjek menulis suku kata v dengan betul
4

Suku kata kv
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis suku kata kv dengan betul
5
Perkataan kv + kv
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kv + kv dengan betul
6
Perkataan kv + kv + kv
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kv + kv + kv dengan betul
7
Perkataan v + kv
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan v + kv dengan betul
8

Perkataan kvk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kvk dengan betul
9



Suku kata kvk
 5 / 5
 4 / 5
Sujek 1- Menulis suku kata kvk dengan betul
Subjek 2 – Menulis suku kata kvk dengan betul kecuali sampah telah dieja dengan sempah.
10
Perkataan v + kvk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan v + kvk dengan betul
11
Perkataan kv + kvk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kv + kvk dengan betul
12
Perkataan kvk + kv
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kvk + kv dengan betul
13
Perkataan kvk + kvk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kvk + kvk dengan betul
14
Perkataan kv + kv + kvk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kv + kv + kvk dengan betul
15
Perkataan kvk + kv + kvk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kvk + kvk dengan betul
16
Perkataan kv + kvkk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kv + kvkk dengan betul
17
Perkataan kvkk
4 / 4
4 / 4
Kedua-dua subjek menulis perkataan kvkk dengan betul
18
Perkataan v + kvkk
4 / 4
4 / 4
Kedua-dua subjek menulis perkataan v + kvkk dengan betul
19
Perkataan kvk + kvkk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kvk + kvkk dengan betul
20
Perkataan kvkk + kv
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kvkk + kv dengan betul
21
Perkataan kvkk + kvk
5 / 5
4 / 5
Sujek 1- Menulis perkataan kvkk + kvk  dengan betul
Subjek 2 – Menulis perkataan kvkk + kvk  dengan betul kecuali ‘mangkuk’ ditulis ‘mangkok’
22
Perkataan kvkk + kvkk
5  / 5
4 / 5
Sujek 1- Menulis perkataan kvkk + kvkk  dengan betul
Subjek 2 – Menulis perkataan kvkk + kvk  dengan betul kecuali ‘tanglung’ ditulis ‘tanglong’
23
Perkataan kv + kv +  kvkk
5 / 5
5 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan kv + kv + kvkk dengan betul
24
Perkataan kv + kvk + kvkk
4 / 5
4 / 5
Kedua-dua subjek menulis perkataan  kv + kvk + kvkk dengan betul  kecuali ‘pelampung’ ditulis ‘pelampong’
25
Perkataan mengandungi diftong dan vokal berganding
10 / 10
9 / 10
Sujek 1- Menulis perkataan mengandungi diftong dan vokal berganding dengan betul
Subjek 2 – Menulis perkataan mengandungi diftong dan vokal berganding dengan betul kecuali ‘periuk’ ditulis ‘periok’
26
Perkataan mengandungi huruf kosonan berganding
9 / 10
8 / 10
Sujek 1- Menulis perkataan mengandungi huruf kosonan berganding dengan betul kecuali ‘bangau’ ditulis ‘bangan’
Subjek 2 – Menulis Perkataan mengandungi huruf kosonan berganding kecuali ‘monyet’ ditulis ‘monyiet’
Markah Keseluruhan
179  /  181
174 / 181
Terdapat perbezaan markah sebanyak 5 antara kedua subjek.
Peratus Keseluruhan (%)
98.9
96.1
Perbezaan peratus kedua-dua subjek juga sedikit iaitu 2.8 peratus sahaja
Jadual 4.2 : Analisis Dapatan Kebolehan Menulis

            Berdasarkan kepada analisis kebolehan menulis subjek telah menguasai kemahiran bagi murid Tahun Satu dan Tahun Dua. Kedua-dua subjek mempunyai kebolehan menulis yang telah berkembang dengan baik.    

4.2.3    Mengukur Darjah Kecerdasan Aspek Bahasa Melalui Skala Pemarkahan (Ubah Suai Ujian Stanford-Binet) – (SK 3)
            Di bawah adalah jadual  yang digunakan untuk menukur pencapaian  membaca dan menulis subjek.       Pengukuran ini adalah untuk menetapkan pengelasan aspek membaca dan menulis bagi kanak-kanak PC. Jadual ini dibina bagi menyesuaikan pengelasan mengikut iklim pendidikan di Negara kita.
Markah darjah kecerdasan (%)
Pengelasan
90 -100
Pintar Cerdas
75-89
Pintar
60-74
Sederhana Pintar
Bawah 59
Kurang Pintar
Jadual 4.3 : Jadual Markah Darjah Kecerdasan Kanak-Kanak Pintar Cerdas Dari
       Aspek Bahasa
           
            Pengukuran darjah kecerdasan aspek bahasa melalui skala permarkahan yang diubah suai dari Ujian Standford – Binet. Berdasarkan kepada  aspek membaca dan menulis, markah dikira secara berasingan dan dapat ditunjukkan dalam 4.4 di bawah:

Kecerdasan
% Kecerdaasan Subjek 1
Pengelasan Kecerdasan
%  kecerdasan Subjek 2
Pengelasan Kecerdasan
Analisis
Membaca
99.7
Pintar Cerdas
97.8
Pintar Cerdas
Kedua-dua subjek yang dikaji adalah berada dalam kategori pintar cerdas dari aspek membaca.
Menulis
98.9
Pintar Cerdas
96.1

Pintar Cerdas
Kedua-dua subjek yang dikaji adalah berada dalam kategori pintar cerdas dari aspek menulis.
Jadual 4.4 : Jadual Pengelasan KAnak-Kanak Pintar Cerdas  Dari Aspek Bahasa

Berdasarkan kepada jadual di atas dapat dirumuskan bahawa kedua-dua subjek kajian berada dalam kategori pintar cerdas untuk kebolehan membaca dan menulis.

4.3       Rumusan
            Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan, kedua-dua subjek kajian memang tergolong dalam kanak-kanak PC. Walaupun umur kedua-dua berbeza setahun namum tahap penguasaan membaca dan menulis antara keduanya hampir sama. Subjek 1 mendapat 100% sementara itu subjek 2 pula mendapat 95%. Perbezaan markah ini adalah sebanyak 5% sahaja, dan perbezaan ini adalah kecil sahaja.
Aspek menulis pula, kedua-dua subjek juga menunjukan markah kecerdasan
pada penanda aras PC.  Subjek 1 mendapat 98% semetara subjek 2 mendapat 92%.
Perbezaan sebanyak 6%, merupakan perbezaan yang kecil sahaja. Hal ini mungkin berlaku kerana subjek 2 lebih muda dari subjek 1, dengan itu pengalaman dan pengetahuan juga kurang berbanding subjek 1.



BAB 5
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

5.1       Pendahuluan
            Bab ini membincangkan rumusan secara keseluruhan, dapatan kajian berasaskan keputusan yang diperoleh dalam bab empat, rumusan dapatan kajian, implikasi dapatan kajian dan memberi beberapa cadangan untuk meningkatkan potensi kanak-kanak PC oleh pihak sekolah, KPM dan penyelidik.

5.2       Rumusan Dapatan Kajian
            Dapatan kajian ini dapat dirumuskan kepada tiga perkara berdasakan kepada persoalan kajian yang dibentuk dalam bab satu:

5.2.1    Mengenal Pasti Kebolehan Membaca Kanak-Kanak PC (SK 1)
            Pada peringkat prasekolah keupayaan membaca kanak-kanak selalunya terhad kepada perkataan dan ayat mudah sahaja. Perkataan berimbuhan mudah sahaja yang mampu dibaca oleh kanak-kanak prasekolah. Kebolehan membaca subjek kajian adalah sangat baik. Dengan markah yang diperolehi melebihi penanda aras PC. Walaupun menggunakan KSSR Tahun Satu dan Dua, kedua-dua subjek mampu membaca dengan baik dan lancar.  Kebolehan membaca subjek kajian adalah baik walaupan terdapat perbezaan umur di antara keduanya. Perbezaan umur selama satu tahun antara keduanya hanya member sedikit perbezaan dari segi kelancaran bacaan.
Bagi subjek 1, pembacaannya sangat baik, lancar dan boleh membaca dengan intonasi yang betul. Walau pun perkataan yang diuji adalah susah dan tidak ada dalam pembendaharaan kata subjek namun beliau mampu membacanya. Contoh perkataan tersebut ialah erong, jangkau, lenggang, bengkung, sengkang, tunggang, meringai, melangai, jerangau, benderang,selonggok, merengkok dan lain-lain lagi. Terdapat satu kesilapan membaca perkataan bagi subjek 1 ini iaitu merengkok dengan menyebut merongkak. Pada pendapat pengkaji, kesalahan ini tidak mencacatkan hasil kajian. Bila ditanya semula pada hari lainnya subjek 1 dapat menyebut perkataan tersebut dengan betul.
Subjek 2 juga telah menguasai semua kemahiran yang diuji Cuma terdapat beberapa perkataan yang belum dikuasainya. Namun ini tidak menjejaskan hasil kajian. Subjek 2 boleh membaca semua perkataan namun bagi perkataan susah beliau akan mengejanya terlebih dahulu. Pada peringkat kemahiran awal yang diuji, subjek 2 akan mengeja dan membatang secara kuat. Setelah beberapa kali menjalankan ujian subjek mula membatang secara senyap.
Kesimpulanya kedua-dua subjek berada dalam pengelasan pembacaan peringkat pintar cerdas membaca.

5.2.2    Mengenal Pasti Kebolehan Menulis Kanak-Kanak PC
            Berdasarkan kajian yang dijalankan kedua-dua subjek telah menguasai kemahiran menulis dengan baik. Terdapat beberapa kesalahan ejaan terutama melibatkan huruf u dengan o. Contohnya mangkuk deeja dengan mangkok, pelampung dieja dengan pelampong. Namum kesalahan besar lain tidak kelihatan. Bagi kesalahan menulis huruf terbalik juga tidak terdapat pada kedua-dua subjek.  
            Penulisan subjek 1 adalah lebih ketekalannya berbanding subjek 2, mungkin perbezaan umur mempengaruhi perkembangan motor halus dan ketekalan penulisan hurf-huruf. Kesimpulannya kedua-dua subjek mempunyai kebolehan menulis yang baik seiring dengan keputusan dari kajian yang mengatakan bahawa kedua-dua subjek berada dalam kategori pintar cerdas menulis.

5.2.3    Mengukur Darjah Kecerdasan Aspek Bahasa Melalui Skala Pemarkahan (Ubah Suai Ujian Stanford-Binet) – (SK 3)

Pengukuran menggunakan skala yang diubah suai dari Ujian Stanford-Binet telah menunjukkan keputusan ujian membaca dan menulis adalah seperti dalam jadual 4.4 di atas. Kedua-dua subjek kajian adalah berada dalam kategori pintar cerdas dari aspek membaca berdasarkan kepada peratus yang diperolehi oleh subjek. Subjek 1 memperoleh sebanyak 99.7% sementara subjek 2 memperoleh 97.8%.
            Kedua-dua subjek yang dikaji adalah juga berada dalam kategori pintar cerdas dari aspek menulis. Hal ini, berdasarkan kepada peratus yang diperolehi oleh kedua-dua subjek iaitu subjek 1, 98.9% sementara subjek 2, 96.1%. Hasil kajian telah mengenal pasti bahawa kedua-dua subjek sememangnya mempunyai kebolehan membaca dan menulis yang sangat baik.

5.3       Perbincangan
            Perbincangan dilakukan berdasarkan kepada rumusan dapatan dan pendapat dari tokoh-tokoh berkaitan dengan persoalan kajian. Perbincangan adalah dari segi:

5.3.1    Mengenal Pasti Kebolehan Membaca Kanak-Kanak PC (SK 1)
              Abd. Aziz (2000), menurut Piaget kanak-kanak bersedia untuk belajar sesuatu apabila mereka sudah sampai pada tahap perkembangan mental yang diperlukan. Hal ini bermakna, paras kesukaran bahan pembelajaran itu perlu selaras dengan paras kematangan mental mereka. Namum dalam kes ini subjek mempuyai kematangan atau usia mental yang lebih berbanding usia fizikalnya.  Kebolehan membaca dengan baik subjek telah menunjukkan bahawa subjek telah melangkaui paras kematangan bagi umur subjek. Secara tidak langsung, subjek telah membuktikan kematangan  mereka telah meletakkan mereka dalam kategori PC, hal ini dipersetujui oleh Mahani et.al.(2006),  usia mental kanak-kanak pintar cerdas biasanya lebih matang dari usia fizikal. Menurut Hasan Mohd Ali (2006), kanak-kanak pintar cerdas menguasai bahasa dengan fasih pada usia yang terlalu awal. Kajian ini telah mengenal pasti akan penguasaan membaca yang fasih merupakan satu ciri pintar cerdas.

5.3.2    Mengenal Pasti Kebolehan Menulis Kanak-Kanak PC (SK 2)
            Kebolehan menulis yang dikuasai saling berkait rapat dengan keupayaan membaca. Apabila seseorang individu mampu membaca, dia lazimnya juga mampu menulis. Tapi mampu menulis tidak semestinya menguasai membaca. Mahzan (2008), kemahiran menulis merupakan kemahiran yang amat penting bagi melahirkan seseorang kanak-kanak literasi bahasa yang dapat memperkembangkan akal, pemikiran dan perhubungan sesama manusia. . Dapatan kajian telah mengenal pasti bahawa subjek kajian mempunyai kebolehan menulis yang baik. Ini dapat dibuktikan melalui jadual 4.4 iaitu Jadual Pengelasan KAnak-Kanak Pintar Cerdas  Dari Aspek Bahasa. Peratusan yang tinggi untuk kedua-dua subjek telah meletakkan mereka dalam kategori pintar cerdas.



5.3.3    Mengukur Darjah Kecerdasan Aspek Bahasa Melalui Skala Pemarkahan (Ubah Suai Ujian Stanford-Binet) – (SK 3)
Hasan Mohd Ali (2006), beliau menjelaskan bagi kanak-kanak prasekolah ujian yang biasa dijalankan ialah bagi mengukur kebolehan dan  perkembangan seperti pencapaian bahasa.  Kajian ini menggunakan ujian membaca dan menulis untuk menilai kecerdasan bahasa yang merupakan aspek utama pintar cerdas. Skala yang diubah suai telah digunakan dalam menilai kebolehan pelajar. Dapatan kajian telah mengesahkan kebolehan subjek dalam membaca dan menulis mencapai tahap yang cemerlang iaitu pintar cerdas.

5.4       Implikasi Kajian
            Hasil daripada kajian ini berbagai implikasi dapat dihuraikan, antaranya terhadap perkembangan pendidikan kanak-kanak PC. Sememangnya banyak kajian telah dijalankan berkenaan PC namun skop kajian berkisar kepada murid sekolah rendah atau menengah sahaja. Dengan demikian, kajian ini memberi sedikit maklumat tentang kanak-kanak prasekolah yang PC. Dengan itu, kajian ini akan membuka jalan kepada pengkaji-pengkaji lain untuk membuat kajian terhadap kanak-kanak prasekolah pula.
            Seterusnya, kajian ini dapat menghuraikan kemusyikilan yang bermain di fikiran pengkaji-pengkaji lain bahawasanya kajian terhadap PC ini boleh dilakukan dari usia prasekolah lagi. Jika terdapat pendapat mengatakan susah untuk mengkaji kerana kanak-kanak ini kecil dan selalu berubah tingkah lakunya, kini terbukti kajian terhadap kanak-kanak prasekolah tidak seperti yang disangka. Hal ini akan berjalan dengan baik sekiranya pengkaji tahu strateginya.
            Kajian yang baik dan lengkap dapat mendedahkan maklumat yang tepat kepada masyarakat. Dengan itu akan dapat mendidik masyarakat menjadi masyarakat yang prihatin. Hal ini kerana, keperluan golongan PC ini berbeza dengan golongan normal. Pemikiran mereka selalunya kreatif dan kritis. Mereka dapat memikirkan sesuatu yang tidak mampu difkirkan oleh kita. Keperluan dan kehendak mereka seharusnya diusahakan. Dengan ini, kita tidak mensia-siakan potensi yang ada dalam diri mereka. Di sini guru juga memainkan peranan dengan bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan baru, ini kerana golongan PC ada banyak idea untuk bertanya.
            Seterusnya, semakin banyak kajian seperti ini dijalankan maka semakin banyaklah maklumat tentang PC ini dapat kita ketahui. Pelbagai maklumat yang berguna akan dapat disalurkan kepad pihak-pihak tertentu, agar dapat mengubah sedikit dasar pendidikan atau kurikulum agar bersesuaian dengn golongan PC ini.
            Akhirnya, kajian ini juga berguna kepada ibu bapa. Ibu bapa dapat menyediakan ruang dna peluang kepada golongan PC ini untuk berkembang. Ruang di sini dimaksudkan tidak mengokong keupayaan mereka dengan melarang melakukan sesuatu yang boleh kembangkan lagi potensi mereka. Peluang pula, ibu bapa boleh membantu mereka PC ini dengan membawa mereka ke tempat-tempat yang boleh mengembangkan lagi potensi yang ada dalm diri mereka. Contonya Pusat Sains Negara, perpustakaan, galakan mereka memasuki pertanding-pertanding dan berikan mereka peluang sertai Permata Pintar melalui pendaftaran yang dibuat secara “online”. Di samping itu juga, ibu bapa haruslah bertindak seperti profesional dengan menambah ilmu asuhan bagi kanak-kanak PC ini.


5.4       Cadangan Kajian Lanjutan
            Pada masa hadapan, pengkaji ingin mencadangkan agar kajian yang akan dijalanknan nanti akan merangkumi skop yang lebih luas. Hal ini kerana, kajian ini dijalankan bertumpu kepada satu sekolah  dan dua subjek sahaja. Maka segala dapatan hanya boleh dibincangkan dalam kontek di mana kajian ini dijalankan sahaja. Dengan kata lain, ruang lingkup perbincangan adalah lebih sempit. Oleh itu pengkaji cadangkan agar kajian yang lebih luas dapat dijalankan bagi meningkatkan lagi nilai atau dapatan kajian. Mungkin untuk kajian akan datang pengkaji boleh memilih lebih ramai subjek.

5.5       Kesimpulan
            Kajian ini mendapati bahawa subjek kajian boleh dikategorikan sebagai pintar cerdas. Hal ini, berdasarkan kepada pengusaan membaca dan menulis subjek melebihi markah darjah kecerdasan 90%. Dengan ini, Kecerdasan bahasa memainkan peranan penting dalm menilai seseorang individu pintar cerdas. Penggunaan alat pengukuran yang diubahsuai dari Ujian Stanford_Binet, juga menunjukkan aras pintar cerdas.
            Prosedur kajian yang dijalankan tidak membebankan subjek, oleh itu, subjek tidak merasa tertekna dan memberi kerja sama yang baik. Subjek yang dipilih sememangnya amat sesuai kerana mereka berani dan rajin. Hal ini, telah membawa kepada pengumpulan data yang mudah dan berkesan.
            Kanak-kanak PC sebenarnya memerlukan kurikulum tambahan bagi memperkembangkan potensi yang ada dalam diri. Kurikulum sedia ada boleh dibaik pulih dengan menambah beberapa standard kandungan dan standard pembelajaran. Secara tidak langsung, hal ini juga dapat membantu guru yang mempunyai murid PC.

No comments:

Post a Comment