Monday, January 3, 2011

"A very good reminder to all of us inclusive myself...baca lah

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..Jangan marah, jangan upset.. jangan fikir kita dah cukup tahu semua bende.. Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN.. .Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yangkita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi...WalLahhu a3laam ...

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang keduakita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

Nafas Naik.Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedutadalah pemberian Allah secara percuma dancarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itunafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamanyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udarasecara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nyasetiap detik dan ketika, hinggalah kita kembalikepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaankita redha dan Allah meredhai.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN

Hidup dalam keredhaan Allah.Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka.Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabilahilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannyaterjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayaibagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya ... lalu dia pun berkatasetemnya akan dihantar kemudian.Ada2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukuratas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.Amin!(nota - harap dapat dipanjangkan email ini) Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

No comments:

Post a Comment