Monday, January 3, 2011

"A very good reminder to all of us inclusive myself...baca lah

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka..Jangan marah, jangan upset.. jangan fikir kita dah cukup tahu semua bende.. Kengkadang kita perlu kepada PERINGATAN.. .Jadi selalu-selalu lah kita hangat menghangatkan perkara-perkara yangkita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi...WalLahhu a3laam ...

HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang keduakita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS

Nafas Naik.Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedutadalah pemberian Allah secara percuma dancarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itunafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamanyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udarasecara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nyasetiap detik dan ketika, hinggalah kita kembalikepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaankita redha dan Allah meredhai.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN

Hidup dalam keredhaan Allah.Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka.Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikandan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabilahilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannyaterjemahkan rukun ISLAM yang 5 itudan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayaibagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaipada penerimanya ... lalu dia pun berkatasetemnya akan dihantar kemudian.Ada2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukuratas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.Amin!(nota - harap dapat dipanjangkan email ini) Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT

Tips Mengelak dari Penyakit

Berikut ialah cara-cara kebersihan, mengelakkan penyakit dan seumpamanya yang berkaitan dengan kesihatan yang dipetik dari amalan Rasulullah SAW dan pengamal perubatan Islam.

1. Allah tidak menjadikan penyakit melainkan di jadikan Nya juga ubatnya, kecuali mati. Firman Allah SWT bahawa siapa yang hidup menurut petunjuk Al-Qur'an akan lanjut usianya.

2. Asal segala penyakit ialah makan. Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu.

3. Perut rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan anda.

4. Pada pandangan Allah makanan yang paling baik ialah makanan yang di makan beramai-ramai.

5. Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan, makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s.

6. Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya, kerana makanan yang panas itu tidak berkat.

7. Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik.

8. Ada keberkatan pada makanan ditengah pinggan. Oleh itu, mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu, bukan mula dari tengah. (Pengertian hadith ini ialah seseorang itu hendaklah jangan tamak iaitu mementingkan diri sendiri dan hendaklah membenarkan orang lain sama mendapat berkat, jangan seorang diri saja).

9. Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti, dan dalam sup.

10. Berus gigi dengan 'miswak' (berus gigi kayu yang biasanya dibuat daripada dahan pokok (pokok pelu) selepas makan dan kemudian berkumur - kumur, kerana kedua - keduanya amalan ini adalah penjaga gigi.

11. Gunakan 'miswak' kerana amalan ini datang kebersihan, dan kebersihan datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke Syurga.

12. Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung (iaitu tidak membazir).

13. Makan bersama barulah bersurai, kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.

14. Kurang makan kurang dosa.

15. Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpul gandum, barli, kismis, seko, lemak, madu, lebah, keju, sejenis pokok yang buahnya berkulit keras dan boleh dimakan (walnut) dan zaitun.

16. Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit senggal pada pangkal paha (sciatica).

17. Sarapan pagi waktu fajar (dini hari) ada berkatnya.

18. Ketika Rasul SAW mikra'j, tidak ada seorang Melaikat pun yang tidak berkata, "Wahai Muhamad s.a.w beritahu umatmu supaya berbekam. Rawatan yang paling baik ialah berbekam, ketumbar dan costus (sejenis herba).

19. Siapa yang sakit 7 hari, maka ia adalah penebus dosa 70 tahun.

20. Tidak ada sakit seperti sakit dalam mata dan tidak ada kerunsingan kerana berhutang.

21. Apabila nabi Muhamad s.a.w melawat orang sakit, baginda biasanya berkata: "Hindarlah pedaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Allah".